Manfaat utama insurans/takaful kepada pemegang polisi

# Perlindungan – Pembayaran pampasan kematian atau kehilangan anggota badan apabila pemegang polisi menimpa kecelakaan atau kemalangan. Bayaran pampasan dapat membantu keluarga pewaris semasa ketiadaan pemegang polisi. Bayaran pampasan ini boleh digantikan sebagai pendapatan bulanan semasa ketiadaan pasangan sama ada ibu/isteri dan/atau bapa/suami yang sudah meninggal dunia. Ia juga membantu pendidikan anak yang kehilangan ibu atau bapa.

# Simpanan – Insurans hari ini bukan setakat memberi jaminan perlindungan tetapi juga skim simpanan masa depan pihak pemegang polisi. Elak persepsi negatif duit bayaran premium itu akan hangus. Ini kerana bagi jangka masa panjang, ia boleh dianggap simpanan masa depan atau untuk hari tua.

# Kad Perubatan – Sebagai bantuan perubatan apabila pemegang polisi perlukan rawatan di panel hospital yang lazimnya hospital swasta. Rawatan perubatan di hospital biasanya melindungi pihak pemegang polisi yang mempunyai kad perubatan. Melalui kad perubatan ini, pemegang polisi dapat kelebihan menggunakan kad perubatan di mana mana panel hospital swasta di setiap negeri apabila terjadinya kecederaan akibat kemalangan atau pun dijangkiti penyakit kronik yang berpanjangan.

# Pelan Kecemasan – Walaupun ramai memiliki perlindungan disediakan pihak majikan, pemegang polisi yang mempunyai pelan insurans sendiri boleh disifatkan mempunyai kelebihan kerana ada satu pelan ketika waktu kecemasan. Contohnya, pekerja tidak perlu risau ketika berlakunya keadaan seperti pengambilalihan syarikat, syarikat muflis, gabungan syarikat dan seterusnya boleh menyebabkan pihak pekerja hilang kerja.

# Aset Masa Depan/ Pelan Persaraan – Insurans juga bagi saya boleh disifatkan sebagai asset masa depan atau pelan Persaraan kerana jikalau pemegang polisi sihat sepanjang hayat dan tidak pernah membuat sebarang tuntutan, pada akhir jangkamasa pelan matang, pemegang polisi masih akan mendapat satu jumlah wang simpanan yang dikenali sebagai (maturity value). Ini juga boleh dijadikan sebagai aset masa depan pemegang polisi. Ada juga pelan insurans berunsurkan pelaburan menyifatkan ini sebagai terma “cash value”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s