Medical Card? tak perlu laa, company saya cover bil perubatan saya….

Seringkali aku dengar alasan kat atas ni dari orang-orang yang aku temui, bila bercakap tentang perlindungan Takaful amnya atau khususnya bercakap tentang Medical Card. Alhamdulillah, korang semua bertuah kerana mendapat majikan yang perihatin dengan kebajikan pekerja. Tetapi, adakah korang masih memerlukan perlindungan Takaful / Medical Card?

Jawapannya masih sama, YA, korang masih memerlukan perlindungan Takaful / Medical Card…Persoalannya, mengapa???

Kemudahan perubatan yg disediakan oleh majikan biasanya akan tamat apabila korang berhenti kerja atau bersara. Jadi semasa itu, korang tidak bekerja dan tiada pendapatan. Jadi, alangkah bagusnya jika korang bersedia dari sekarang dengan menyertai Takaful untuk persediaan masa hadapan. Jika korang bersara dengan wang yang banyak mahupun bergelar Jutawan, bukankah lebih baik, jika rawatan korang ditanggung oleh Takaful dan wang tabungan persaraan korang itu digunakan untuk perkara-perkara lain?

Mereka juga sering memberi alasan seperti “Nanti bila pencen, aku cari la Takaful @ Medical Card, buat apa nak ambil sekarang, majikan aku cover sepenuhnya..buat rugi duit jer” Namun, adakah korang tahu, sumbangan bulanan yg perlu dibayar oleh seseorang yang berumur 55 tahun (umur standard persaraan)? Sumbangan bulanannya mungkin mencecah antara RM500 – RM750 sebulan! mampu korang nak untuk membayarnya???

Selain itu, adakah korang yakin permohonan korang untuk menyertai Takaful pada umur 55 tahun diterima? Ramai rakyat Malaysia apabila tiba umur 55 tahun, disahkan menghidap pelbagai penyakit. Kebiasaannya jantung, buah pinggang, kencing manis dan pelbagai lagi. Jadi masa tu, korang tidak layak untuk menyertai Takaful dan permohonan korang kemungkinan ditolak atau mungkin di terima tetapi penyakit yg korang hidapi tidak dilindungi kerana dikira ‘pre-existing illness’ bukankah itu lebih membazir???

Kesimpulannya, sertai Takaful dan dapatkan Perlindungan Perubatan semasa korang masih muda dan sihat. Jangan terlalu selesa dengan kemudahan yang disediakan oleh Syarikat / Majikan kerana kemudahan itu boleh hilang bila-bila masa. Fikir-fikirkanlah……

“Buy life insurance when you don’t need it, because when you need it, you can’t buy”

One response to “Medical Card? tak perlu laa, company saya cover bil perubatan saya….

  1. I saw something about that subject on TV last night. Great post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s