Monthly Archives: January 2011

Facebook Scammers!

Salam,

Kali ni aku nak share pasal scammers kat facebook! penipu ni gunakan nama Koleksi anakku kat facebook tu. Tipu apa? Dalam account facebook koleksi anakku ni, dia jual pakaian kanak-kanak. So, aku ada try beli dari facebook ni. Order 2 helai baju, semua skali RM76.00 termasuk pos. Setelah selesai buat  online payment, aku pun tunggu barang sampai. Selepas 2-3 hari x sampai, aku check balik inbox facebook. Tengok-tengok account facebook Koleksi Anakku ni dah tak ada. huh kes kena tipu laa ni…so kat sini aku aku letakkan gambar inbox yang aku crop untuk korang. tgk kat gambar bawah ni, ada no account dan nama pemegang account yang aku dah transfer duit tu. Jadi hati-hati dgn nama dan no account tersebut…

Facebook Scammers

Lihat nama dan no account yg digariskan dalam gambar, hati-hati!

ok, aku harap dgn entry ni, korang tak ler terkena pulak dgn scammer ni.  Sekian..

Takat ni dulu, Chow!

Perkongsian Ilmu

The name of الله Allāh, written in Arabic call...

Image via Wikipedia

Member forward ilmu ni pada emel aku…kat emel tu ada pulak pesanan “Jangan sombong untuk baca &  Jangan kedekut untuk berkongsi“. Jadi aku decide untuk berkonsi ilmu ni ngan korang…sila baca dan share yer 🙂

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : "Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat". Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut "Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu
jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada
orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain..

Power of Sharing!


Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-29

Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-29

Kompleks Kastam Diraja Malaysia Kuala Lumpur, Kelana Jaya

27 Januari 2011

Pagi ni aku hadir event kat atas, kat Kelana Jaya. Bukan sesuatu benda yang baru sebab aku pun pernah berkhidmat dgn Kastam Diraja Malaysia lebih kurang 8 tahun..tu dah tinggal sejarah laa…Seronok gak dapat hadir event ni sebab dulu masa kerja kat sana aku sentiasa terlibat dgn event ni, so tak dapat laa nak tgk perjalanan majlis. So hari ni, aku boleh laa enjoy event ni sbg tetamu.. 🙂

Tak de nak cerita banyak, enjoy jer laaa photo-photo event yang aku share ni…

Kastam Diraja Malaysia

Kastam Diraja Malaysia

Petugas menanti ketibaan YB Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin

Kastam Diraja Malaysia

Di hadapan pentas Utama

Kastam Diraja Malaysia

Pasukan Istiadat Kastam Diraja Malaysia

Kastam Diraja Malaysia

Pasukan-Pasukan Perbarisan

Kastam Diraja Malaysia

Gerai Pameran

Kastam Diraja Malaysia

Gerai Pameran

Kastam Diraja Malaysia

Gerai Pameran

Kastam Diraja Malaysia

Gerai Pameran

dan akhir sekali…………….

Kastam Diraja Malaysia

hahahaha…gambar last ni bukan masa event tadi, ni photo aku beberapa tahun lepas, masa aku sebahagian dari Kastam Diraja Malaysia…… :p

ok…takat ni dahulu….chow!

Nanti laa aku decide, aku nak compare dulu..

Salam,

Tajuk entry kali ni, antara alasan yang biasa aku terima bila jumpa prospect –  prospect untuk plan takaful@insurans. “nanti dulu..nanti dulu…aku nak compare dengan syarikat A, aku nak compare dengan syarikat B”..ada yg mmg beri alasan genuine..ada tu sekadar alasan nak reject. Yang bagi alasan untuk nak reject aku tu, biarlah…aku tak rugi apa-apa pun…tapi aku nak share dengan yang benar-benar nak compare dgn company-company insurans yang ada.

Memang bagus korang study dengan teliti sebelum beri komitmen pada mana-mana polisi insurans atau sijil takaful. Tetapi, sebelum nak compare tu, teliti dahulu keperluan sebenar korang nak ambil insurans atau takaful ni. Kenapa? sebabnya kat negara kita ni ada banyak Syarikat Insurans dan Pengendali Takaful, so kalu korang nak compare dgn semua syarikat yang ada, jawabnya sampai bila laa korang tak leh nak decide…Kat bawah ni aku listkan company insurans dan pengendali takaful untuk korang :-

Insurans

  • Prudential Assurance Malaysia Berhad
  • American International Assurance Berhad
  • Etiqa Insurance Berhad
  • Hong Leong Assurance Berhad
  • ING Insurance Berhad
  • Malaysian Assurance Alliance Berhad
  • MCIS Zurich Insurance Berhad
  • Allianz Life Insurance Malaysia Berhad
  • AmLife Insurance Berhad
  • AXA Affin Life Insurance Berhad
  • CIMB Aviva Assurance Berhad
  • Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad
  • Manulife Insurance Berhad
  • Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd
  • Uni.Asia Life Assurance Berhad

Takaful

  • Prudential BSN Takaful Berhad
  • Great Eastern Takaful Sdn Bhd
  • Syarikat Takaful Malaysia Berhad
  • Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
  • CIMB Aviva Takaful Berhad
  • Etiqa Takaful Berhad
  • Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad
  • HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
  • MAA Takaful Berhad

hah, kat dalam list kat atas ni sahaja dah ada 15 Syarikat Insurans dan 9 Pengedali Takaful. Jadi nak compare dengan semua syarikat yang ada? Jawabnya, sampai sudah laa korang tak de insurans.

Jadi, tetapkan keperluan korang dan senarai pendek syarikat-syarikat yang ada se minima yang mungkin. Lepas tu tetapkan appointment dengan syarikat-syarikat tersebut dan teliti apa yang mereka tawarkan. Kalau rasa was-was, tak ada masalah, korang sign jer dulu…sebab bila dapat dokumen polisi korang ada Tempoh membuat keputusan (free look period) selama 15 hari kebiasaannya. Korang boleh semak polisi insurans  yang baru korang dapat dan memulangkannya kepada syarikat insurans untuk mendapatkan bayaran balik premium sepenuhnya kalau korang rasa korang tak puas hati dengan polisi tu. Yang bagusnya, dalam tempoh tu korang dilindungi oleh polisi tersebut bagi kes-kes kemalangan.

Sekarang korang ada 2 pilihan, bagi alasan nak pikir dulu tanpa apa-apa perlindungan atau fikir dahulu, tapi pada masa yang sama sign up dan tunggu free look period tersebut dan korang ada perlindungan. Jadi bertindak bijak dalam membuat keputusan. 🙂

Kalo korang nak tanya lebih detail, hit jer reply kat bawah ni ok….

takat ni dulu sharing aku kali ni……..

Food for thought : You may be able to say “I don’t need it“, but can you say, “we don’t need it?”.

Masalah dengan Pengendali Insurans @ Takaful? apa yg korang perlu buat?

 

Bagaimana nak buat aduan?

Gambar hiasan

Dah beberapa kali ada org dok tanya aku…cam mana nak buat aduan kalo ada masalah dengan Insurans atau takaful..so, kali ni nak share pasal macam mana nak buat aduan pulak kalo2 korang tak puas hati dengan pengendali insurans atau takaful. (Minta di jauhkan laaa) hehehe….Apa yang perlu korang tau? apa tindakan yg perlu dibuat? nak contact siapa? kat sini aku nak share serba sedikit..Insya Allah…

Kalo korang ada masalah, nak buat aduan tentang produk atau perkhidmatan syarikat pengendali insurans atau takaful, atau tak puas hati dengan tawaran penyelesaian tuntutan, ada beberapa saluran yang boleh membantu utk selesaikan masalah korang sebelum hal ni sampai ke mahkamah.

Saluran Penyelesaian Aduan

  • Mula-mula skali korang cuba hubungi syarikat insurans atau takaful tersebut. Selesaikan dengan diorang dulu;
  • Kalau gagal atau tak berpuas hati dengan syarikat insurans atau takaful tu, kemukakan aduan korang kepada  Biro Pengantaraan Kewangan [Financial Mediation Bureau (FMB)] atau Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengendalikan aduan tersebut secara percuma.
  • Bila buat aduan kat FMB atau BNM ni, jangan lupa sertakan sekali salinan surat keputusan syarikat insurans atau takaful tersebut.

Biro Pengantaraan Kewangan (FMB)

  • merupakan sebuah badan bebas yang ditubuhkan untuk menyelesaikan pertikaian yang timbul daripada polisi insurans atau sijil takaful secara percuma.
  • Sekiranya anda perlu menghantar aduan anda kepada FMB, ia mesti dilakukan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh keputusan muktamad syarikat insurans atau pengendali takaful.
  • Sekiranya FMB membuat keputusan yang berpihak kepada anda, syarikat insurans atau pengendali takaful mestilah mengikut keputusan tersebut

Jenis-jenis aduan yang diuruskan FMB

Bagi pertikaian berkaitan insurans, FMB akan mengendalikan semua pertikaian di antara penuntut dengan syarikat insurans atau pengendali takaful, yang tidak melebihi amaun seperti berikut:

  • RM200,000 bagi polisi insurans atau pelan takaful motor dan kebakaran.
  • RM100,000 bagi polisi insurans atau pelan takaful yang lain.
  • RM5,000 bagi kerosakan harta benda pihak ketiga.

Aduan yang tidak dikendalikan oleh FMB

  • Kes-kes yang melibatkan tuntutan melebihi amaun seperti dinyatakan.
  • Aduan yang melibatkan penentuan harga produk insurans/takaful dan isu pengunderaitan.
  • Kes-kes penipuan
  • Kes-kes yang telah atau sedang dirujuk kepada mahkamah atau penimbangtaraan.

Cam mana nak hubungi FMB?

Biro Pengantaraan Kewangan
Tingkat 25, Dataran Kewangan Darul Takaful
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur .

Tel : 03-2272 2811
Faks : 03-2274 5752
Email: enquiry@fmb.org.my

Bank Negara Malaysia (BNM)

Anda boleh mengemukakan aduan anda ke BNM sekiranya aduan itu bukan di bawah bidang kuasa FMB. Maklumat lanjut klik  disini.

Cam mana nak hubungi BNM?

BNMTELELINK
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malaysia
P.O Box 10922
50929 Kuala Lumpur

Tel: 1-300-88-LINK
Fax: 03-2174 1515
Email: telelink@bnm.gov.my

 

ok laa…setakat ni dulu yer..harap-harap dapat laa membantu

Sumber

Get your info here!