Masalah dengan Pengendali Insurans @ Takaful? apa yg korang perlu buat?

 

Bagaimana nak buat aduan?

Gambar hiasan

Dah beberapa kali ada org dok tanya aku…cam mana nak buat aduan kalo ada masalah dengan Insurans atau takaful..so, kali ni nak share pasal macam mana nak buat aduan pulak kalo2 korang tak puas hati dengan pengendali insurans atau takaful. (Minta di jauhkan laaa) hehehe….Apa yang perlu korang tau? apa tindakan yg perlu dibuat? nak contact siapa? kat sini aku nak share serba sedikit..Insya Allah…

Kalo korang ada masalah, nak buat aduan tentang produk atau perkhidmatan syarikat pengendali insurans atau takaful, atau tak puas hati dengan tawaran penyelesaian tuntutan, ada beberapa saluran yang boleh membantu utk selesaikan masalah korang sebelum hal ni sampai ke mahkamah.

Saluran Penyelesaian Aduan

  • Mula-mula skali korang cuba hubungi syarikat insurans atau takaful tersebut. Selesaikan dengan diorang dulu;
  • Kalau gagal atau tak berpuas hati dengan syarikat insurans atau takaful tu, kemukakan aduan korang kepada  Biro Pengantaraan Kewangan [Financial Mediation Bureau (FMB)] atau Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengendalikan aduan tersebut secara percuma.
  • Bila buat aduan kat FMB atau BNM ni, jangan lupa sertakan sekali salinan surat keputusan syarikat insurans atau takaful tersebut.

Biro Pengantaraan Kewangan (FMB)

  • merupakan sebuah badan bebas yang ditubuhkan untuk menyelesaikan pertikaian yang timbul daripada polisi insurans atau sijil takaful secara percuma.
  • Sekiranya anda perlu menghantar aduan anda kepada FMB, ia mesti dilakukan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh keputusan muktamad syarikat insurans atau pengendali takaful.
  • Sekiranya FMB membuat keputusan yang berpihak kepada anda, syarikat insurans atau pengendali takaful mestilah mengikut keputusan tersebut

Jenis-jenis aduan yang diuruskan FMB

Bagi pertikaian berkaitan insurans, FMB akan mengendalikan semua pertikaian di antara penuntut dengan syarikat insurans atau pengendali takaful, yang tidak melebihi amaun seperti berikut:

  • RM200,000 bagi polisi insurans atau pelan takaful motor dan kebakaran.
  • RM100,000 bagi polisi insurans atau pelan takaful yang lain.
  • RM5,000 bagi kerosakan harta benda pihak ketiga.

Aduan yang tidak dikendalikan oleh FMB

  • Kes-kes yang melibatkan tuntutan melebihi amaun seperti dinyatakan.
  • Aduan yang melibatkan penentuan harga produk insurans/takaful dan isu pengunderaitan.
  • Kes-kes penipuan
  • Kes-kes yang telah atau sedang dirujuk kepada mahkamah atau penimbangtaraan.

Cam mana nak hubungi FMB?

Biro Pengantaraan Kewangan
Tingkat 25, Dataran Kewangan Darul Takaful
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur .

Tel : 03-2272 2811
Faks : 03-2274 5752
Email: enquiry@fmb.org.my

Bank Negara Malaysia (BNM)

Anda boleh mengemukakan aduan anda ke BNM sekiranya aduan itu bukan di bawah bidang kuasa FMB. Maklumat lanjut klik  disini.

Cam mana nak hubungi BNM?

BNMTELELINK
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malaysia
P.O Box 10922
50929 Kuala Lumpur

Tel: 1-300-88-LINK
Fax: 03-2174 1515
Email: telelink@bnm.gov.my

 

ok laa…setakat ni dulu yer..harap-harap dapat laa membantu

Sumber

Get your info here!

 

 

2 responses to “Masalah dengan Pengendali Insurans @ Takaful? apa yg korang perlu buat?

  1. ada sampel surat untuk buat rayuan kepada biro pengantara kewangan?

  2. Tak ada pula, mungkin boleh cuba hubungi Biro utk minta pandangan.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s