Nanti laa aku decide, aku nak compare dulu..

Salam,

Tajuk entry kali ni, antara alasan yang biasa aku terima bila jumpa prospect –  prospect untuk plan takaful@insurans. “nanti dulu..nanti dulu…aku nak compare dengan syarikat A, aku nak compare dengan syarikat B”..ada yg mmg beri alasan genuine..ada tu sekadar alasan nak reject. Yang bagi alasan untuk nak reject aku tu, biarlah…aku tak rugi apa-apa pun…tapi aku nak share dengan yang benar-benar nak compare dgn company-company insurans yang ada.

Memang bagus korang study dengan teliti sebelum beri komitmen pada mana-mana polisi insurans atau sijil takaful. Tetapi, sebelum nak compare tu, teliti dahulu keperluan sebenar korang nak ambil insurans atau takaful ni. Kenapa? sebabnya kat negara kita ni ada banyak Syarikat Insurans dan Pengendali Takaful, so kalu korang nak compare dgn semua syarikat yang ada, jawabnya sampai bila laa korang tak leh nak decide…Kat bawah ni aku listkan company insurans dan pengendali takaful untuk korang :-

Insurans

  • Prudential Assurance Malaysia Berhad
  • American International Assurance Berhad
  • Etiqa Insurance Berhad
  • Hong Leong Assurance Berhad
  • ING Insurance Berhad
  • Malaysian Assurance Alliance Berhad
  • MCIS Zurich Insurance Berhad
  • Allianz Life Insurance Malaysia Berhad
  • AmLife Insurance Berhad
  • AXA Affin Life Insurance Berhad
  • CIMB Aviva Assurance Berhad
  • Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad
  • Manulife Insurance Berhad
  • Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd
  • Uni.Asia Life Assurance Berhad

Takaful

  • Prudential BSN Takaful Berhad
  • Great Eastern Takaful Sdn Bhd
  • Syarikat Takaful Malaysia Berhad
  • Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
  • CIMB Aviva Takaful Berhad
  • Etiqa Takaful Berhad
  • Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad
  • HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
  • MAA Takaful Berhad

hah, kat dalam list kat atas ni sahaja dah ada 15 Syarikat Insurans dan 9 Pengedali Takaful. Jadi nak compare dengan semua syarikat yang ada? Jawabnya, sampai sudah laa korang tak de insurans.

Jadi, tetapkan keperluan korang dan senarai pendek syarikat-syarikat yang ada se minima yang mungkin. Lepas tu tetapkan appointment dengan syarikat-syarikat tersebut dan teliti apa yang mereka tawarkan. Kalau rasa was-was, tak ada masalah, korang sign jer dulu…sebab bila dapat dokumen polisi korang ada Tempoh membuat keputusan (free look period) selama 15 hari kebiasaannya. Korang boleh semak polisi insurans  yang baru korang dapat dan memulangkannya kepada syarikat insurans untuk mendapatkan bayaran balik premium sepenuhnya kalau korang rasa korang tak puas hati dengan polisi tu. Yang bagusnya, dalam tempoh tu korang dilindungi oleh polisi tersebut bagi kes-kes kemalangan.

Sekarang korang ada 2 pilihan, bagi alasan nak pikir dulu tanpa apa-apa perlindungan atau fikir dahulu, tapi pada masa yang sama sign up dan tunggu free look period tersebut dan korang ada perlindungan. Jadi bertindak bijak dalam membuat keputusan.🙂

Kalo korang nak tanya lebih detail, hit jer reply kat bawah ni ok….

takat ni dulu sharing aku kali ni……..

Food for thought : You may be able to say “I don’t need it“, but can you say, “we don’t need it?”.

2 responses to “Nanti laa aku decide, aku nak compare dulu..

  1. Sebelum nie aku pakai tokio marine…baru2 nie agen honda talipon..dy cakap amek yg same je..seng..tokio marine agen khas honda…aku dalam,dilema..hasrat hati nak tukar etiqa..sebb takio marine mahal sgt…ape beza due2 insurance nie yer??

    • Salam, En. Shukri,
      Berdasarkan maklumat yang En. Shukri berikan, ini ialah berkaitan insurance utk kereta. Jika begitu, saya tidak begitu arif berkenaan insurance kenderaan (insurans am) kerana saya adalah agent utk insurans hayat. Saya juga tidak dapat memberikan apa2 pandangan kerana tidak melihat apa yg ditawarkan oleh kedua2 syarikat ini. S

      En. Shukri amat mengambil berat berkenaan insurance utk perlindungan kenderaan, bagaimana pula dgn perlindungan diri dan keluarga? Sudah ada perlindungan?

      Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s