LIAM, NSTP beri pendedahan kepentingan insurans

KUALA LUMPUR: Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), semalam bersetuju menjalin bekerjasama bagi memberi pendedahan kepada masyarakat berhubung pentingnya insurans dalam kehidupan mereka.

Kerjasama menerusi sumbangan artikel LIAM kepada tiga akhbar kumpulan NSTP iaitu Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times selama tiga bulan mulai April ini, bertujuan memberi pendidikan kepada masyarakat yang tiada insurans perlindungan seterusnya memudahkan mereka membuat pilihan terbaik.

Presiden LIAM, Md Adnan Md Zain, berkata hanya 41 peratus rakyat Malaysia mempunyai kesedaran perlunya perlindungan insurans manakala 11 juta lagi khususnya kaum Melayu, tiada insurans yang disifatkannya sebagai membimbangkan.

Justeru, kerjasama dengan NSTP itu diharap memberi pendedahan mengenai kepentingan insurans.

“Artikel disumbangkan mengenai perkara asas insurans, persoalan lazim serta kebaikan jangka panjang pelaburan insurans sekali gus mengikis pandangan negatif masyarakat terhadap keperluan memiliki insurans.

“Selain pemahaman terhadap insurans, pendekatan ini diambil sebagai garis panduan kepada masyarakat seterusnya meningkatkan jumlah pemegang insurans di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri perbincangan bersama pihak pengurusan kanan NSTP diwakili Pengarang Urusan Kumpulan, Datuk Zainul Ariffin Mohammed Isa; Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid; Pengarang Kumpulan NST, Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan Pengarang Eksekutif Rencana HM, Johari Mohd, di Balai Berita di sini, semalam.
Sementara itu, Zainul Ariffin, menyifatkan kerjasama itu dapat meningkatkan kesedaran, pengetahuan serta memberi manfaat kepada masyarakat mengenai kepentingan insurans menerusi kempen ‘Your friend for life.’

sumber : Berita Harian Online

Sign

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s