Aku muda lagi, tak perlu insurans!

Antara ungkapan yang sering aku dengar bila aku cuba wujudkan kesedaran kepentingan insurance pada golongan yang berumur 20 – 35 tahun. Benarkah yang muda itu, tak memerlukannya? adakah golongan ini sentiasa selamat dan sihat? jom sama- sama baca artikel yang aku nak kongsi ni…

Orang muda tak selamat

KUALA LUMPUR: Golongan muda juga tidak terlepas daripada risiko diserang angin ahmar atau strok memandangkan 15 peratus daripada 480 kes terdiri daripada golongan muda di bawah umur 50 tahun.

Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr Ikram Shah Ismail, berkata risiko itu tidak dapat dielakkan sekiranya mereka tidak mengamalkan cara hidup yang sihat.

“Fenomena ini semakin membimbangkan kerana penyakit ini boleh menyerang secara tiba-tiba dan boleh menjejaskan kualiti hidup pesakit secara berterusan,” katanya pada majlis makan tengah hari meraikan lebih 150 pesakit strok pada usia muda di sebuah restoran di sini, semalam.

Majlis anjuran Persatuan Wanita bagi Rantau Pasifik dan Asia Tenggara (PPSEAWA) Malaysia itu turut meraikan lebih 300 anak yatim, anggota keluarga pesakit strok dan bekas pesakit.
Selain itu, katanya, pesakit strok, terutama yang menghadapinya di usia muda perlu diberi sokongan kuat supaya mereka tidak patah semangat untuk terus menjalani rawatan penyakit itu.
Mengenai majlis itu, Dr Ikram Shah berkata, menerusi majlis berkongsi pengalaman mengenai cara menangani serta mengubati penyakit dari pesakit lain yang sudah sembuh, ia mampu membantu pesakit untuk terus bersemangat menjalani rawatan.

sumber : Harian Metro

so, sakit ni boleh datang bila-bila masa jer.Tak kira usia…jadi bersedialah apa yang patut. Jika berjalan kita bawa payung, sebab kita takut hari akan hujan, memandu kereta, kita usung tayar spare, kita takut tayar bocor….renung-renungkan…….

Sign

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s