Lelaki Cepat Mati

Salam, haaa..terkejut baca title kat atas tu?? hmm..tapi itulah hakikatnya. Just nak share fakta dan apa yang dah aku baca dalam Metro (27 Disember 2009) .

Kesihatan lelaki Malaysia masih ketinggalan berbanding wanita dengan jangka hayat 5 hingga 7 tahun lebih pendek kerana mereka menghidap penyakit kronik lebih awal berbanding wanita.

Dalam semua peringkat umur, lebih ramai lelaki meninggal dunia akibat penyakit jantung, kanser, penyakit paru-paru,strok, komplikasi kencing manis, keganasan dan kemalangan jalan raya berbanding wanita.

2 perenggan yg aku quote diatas sudah cukup menunjukkan yang kaum lelaki cepat mati berbanding wanita. Apa yang ingin aku kongsikan ialah bukan penyebab kematian atau pun cara nak panjangkan umur (sebab aku bukan doktor kesihatan) tapi persediaan kaum lelaki (ketua keluarga, suami dan bapa) jika berlakunya kematian @ diserang penyakit kronik sebelum sempat menunaikan tanggungjawab dan amanah yg dipikul.

Pengalaman aku sebagai Agent Insurans @ Takaful, ramai ketua keluarga, suami @ bapa (Lelaki laa ni) sentiasa mengambil mudah persediaan kewangan. Ramai prospek yg telah aku temui, sentiasa memberikan alasan “nanti dulu”, sedangkan sakit kronik dan kematian itu datang tanpa di duga.

Apabila diserang penyakit kronik, kita akan menghadapi beban kewangan. Adakah kita hendak membebankan isteri untuk mencari sumber kewangan untuk merawat penyakit. Jika berlaku kematian pula, adakah kita mati dengan meninggalkan hutang tapi tanpa meninggalkan sumber kewangan yang mencukupi untuk isteri dan anak-anak meneruskan hidup????

Apa yang perlu kita sentiasa sematkan di hati ialah, apabila matinya seorang lelaki..3 perkara akan hilang.

1. Isteri akan kehilangan Suami
2. Anak-anak akan kehilangan bapa
3. Keluarga akan kehilangan sumber kewangan.

Perkara pertama dan kedua memang tak dapat dibantu. Namun perkara yang ketiga, persediaan boleh dilakukan semasa kita masih bernyawa. Di sinilah fungsi insurans dan takaful itu. Membantu isteri dan anak-anak untuk meneruskan kehidupan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)

Sign

6 responses to “Lelaki Cepat Mati

  1. TQ…Harap dapat manfaat apa yg ada kat sini..🙂

  2. Very touching….:)

  3. Patutlah pada hari ini kaum perempuan lebih ramai daripada lelaki..
    So.. Kaum Lelaki kena sentiasa membuat persediaan sebelum sampai masanya… Semuanya dengan Izin Allah S.W.T..

    Entri Terkini Di Blog Saya:
    Aktiviti Makak Dan Mengancau Di Mukah Sarawak
    Domain Laman Web Percuma di Lot.My??

  4. Anuar,
    betul..kena buat persediaan..agar family yg ditinggalkan tak susah….Insya Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s