Harga Sebuah Derita..

“BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul.” Demikian perumpamaan tepat menggambarkan nasib seorang gadis, Norain Abdul Ghani, 22, yang menderita penyakit buah pinggang dan memerlukan rawatan haemodialisis sepanjang hayatnya.

Memburukkan lagi keadaan, dia turut mempunyai ketumbuhan di dalam perut dan rahim berkembar.

Disebabkan itu, remaja berkenaan tidak berupaya melakukan sebarang kerja berat kerana badannya kini semakin lemah dan mudah pengsan.

“Siapa yang tidak mahu sihat dan dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

“Namun, saya pasrah dan reda kerana kos untuk pembedahan mendapatkan buah pinggang baru amat mahal dan tidak mampu ditanggung keluarga.

“Saya tidak mahu membebankan ibu kerana dia juga tidak bekerja dan kami sekeluarga bergantung kepada pencen arwah ayah saja,” katanya sebak.

Penyakit yang dihidapi turut menjadi halangan buat Norain untuk mencari pekerjaan sesuai dengan kelayakan akademiknya.

Norain amat teringin untuk bekerja bagi membantu ibunya, tetapi apakan daya, kesihatannya tidak mengizinkan.

“Jika sihat seperti gadis yang lain, saya mahu bekerja untuk membantu keluarga. Tapi itu semua mustahil kerana penyakit ini menyebabkan saya lemah dan mudah jatuh pengsan,” katanya.

Ibunya, Maimunah Osman, 61, berkata, hatinya menjadi tidak keruan setiap kali memikirkan masa depan anaknya itu.

Sebagai ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, Maimunah tidak mampu menyediakan wang yang diperlukan untuk merawat penyakit anaknya itu.

Dia sekeluarga kini bergantung sepenuhnya kepada pencen arwah suaminya sebanyak RM500 sebulan.

“Ibu mana yang sanggup melihat anaknya menderita tanpa mampu berbuat apa-apa untuk mengurangkan penderitaannya?

“Tapi apakan daya, saya tidak mampu bekerja untuk mencari pendapatan sampingan bagi membolehkan Norain dapat menjalani rawatan dengan sebaik mungkin.

“Bagaimanapun, kami sekeluarga tidak berputus asa kerana siapa tahu suatu hari nanti, ada insan yang sudi membantu sekali gus meringankan penderitaan Norain,” katanya.

Menurut Maimunah, anaknya itu perlu menjalani rawatan haemodialisis sebanyak tiga kali seminggu di Hospital Mersing dengan kos perbelanjaan mencecah RM182 sebulan.

Angka berkenaan mungkin tidak seberapa bagi sesetengah orang, tetapi bagi keluarganya, jumlah yang perlu dibayar itu agak membebankan.

“Kami sekeluarga memang tidak mempunyai punca pendapatan lain. Dengan wang pencen itulah saya berjimat untuk membayar bil, membeli keperluan dapur dan rawatan Norain.

“Mengikat perut untuk berjimat dengan makan nasi dan sejenis lauk saja sudah biasa kerana apa yang penting, dapat membayar kos rawatan haemodialisis Norain.  “Ini adalah ujian untuk kami sekeluarga dan sebagai hamba, saya akur dengan ketentuan-Nya,” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu meringankan penderitaan Norain, boleh menghubungi talian 013-7185629 atau melawat sendiri keluarga berkenaan di alamat Lot 961, Kampung Makam Jalan Endau, Mersing, Johor.

Sumber : MyMetro

Sign

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s