Category Archives: Financial

Best Takaful Operator (Asia) 2012

Best Takaful Operator-001

Best Takaful Operator

Sign

Contoh Tuntutan @ Claim 1

  • Kes – Acute Appendicities
  • Warded – 2 Hari
  • Bil Hospital – RM6700.00 (Client menggunakan manfaat insurans yg. disediakan oleh majikan, jadi limit medical card PruBSN Takaful masih 100% – Pantai Medical Centre)
  • Elaun Wad & surgery – RM1400.00

Image

Image

Sign

Tahniah Prudential!

Prudential Assurance menang anugerah

KUALA LUMPUR 6 Jun – Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) telah merangkul anugerah sebagai salah satu jenama yang paling dipercayai di Malaysia buat tahun keempat berturut-turut pada Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2011.

Prudential meraih anugerah emas dalam kategori insurans kerana keupayaan menonjolkan kebolehpercayaan serta komitmennya kepada kualiti, nilai, inovasi, tanggungjawab sosial dan memenuhi keperluan sehari-hari pengguna.

Ketua Pegawai Produk dan Pemasaran PAMB, Heng Zee Wang berkata, pihaknya amat berbesar hati menerima gelaran yang amat berprestij sekali lagi.

Katanya, ia akan mengukuhkan lagi keyakinan para pelanggan yang dihargai bagi menolong mereka menjamin masa depan kewangan mereka.

”Kepercayaan merupakan satu unsur yang begitu penting dalam perniagaan kami. Kami gembira kerana mampu meraih kepercayaan pelanggan kami dan mengekalkannya sepanjang masa.

”Melalui kepercayaan dan sokongan padu mereka, kami telah berjaya mencapai jualan perniagaan baharu tertinggi berjumlah RM1.021 bilion tahun lepas,” jelas beliau.

Sebagai penanggung insurans hayat utama yang telah beroperasi selama 87 tahun di Malaysia, PAMB terus percaya kepada kepentingan mendengar dan memahami keperluan pelanggan serta menyediakan produk yang inovatif dan perkhidmatan yang berkualiti pada setiap masa, katanya.

Zee Wang menambah, PAMB sentiasa mendengar dan memahami dengan jelas keperluan kewangan rakyat Malaysia.

Beliau memberitahu, syarikat amat gembira kerana komitmen ini diiktiraf menerusi anugerah seumpama itu.

Sementara itu, Pengarah Jenama dan Komunikasi PAMB, Fiona Liao yang menerima anugerah tersebut pada majlis penyampaian anugerah di sini baru-baru ini, turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan syarikat dan pasukan agensi kerana menjadi tunggak kekuatan Prudential.

“Bagi kami, pengiktirafan buat kali keempat ini benar-benar merupakan satu penghormatan kepada mereka di atas semua usaha cemerlang yang telah mereka curahkan selama ini.

”Saya yakin anugerah ini akan memberi dorongan kepada lebih 1,000 kakitangan dan 12,000 perancang kewangan dan ejen kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami pada masa depan,” kata Liao.

PAMB kini mempunyai lebih daripada 1 juta pelanggan di seluruh negara.

sumber : Utusan Online

Sign

Bila korang dah tiada!

Kenapa korang kerja setiap hari? Dari hari Isnin, sampai laa Jumaat..kerja… kerja…kerja! untuk dapat pendapatan dan menyediakan yang terbaik untuk family…cari duit untuk simpanan pendidikan anak-anak, persediaan untuk persaraan, rumah impian dan macam-macam lagi…

Tapi apa yg akan terjadi pada family, jika pendapatan ni hilang tiba-tiba? Dah tentu akan menghadapi masalah kewangan yg meruncing..perbelanjaan isi rumah terganggu, outstandings loan, simpanan pendidikan anak-anak juga terhenti, perbelanjaan berubatan dan pelbagai lagi masalah kewangan akan datang menjelma…

Think seriously, nak biarkan family hadapi semua ni tanpa apa-apa persediaan? Nak biarkan family teruskan kehidupan dalam keadaan takut dan sentiasa risau? Nak tinggalkan bebanan hutang kepada family dan biarkan mereka menanggungnya? Atau biarkan mereka hidup dalam keadaan meminta-minta? Keputusan terletak dalam tangan korang…

“LOVE without guarantee is just an empty promise”  Korang boleh janji macam-macam dengan isteri dan anak-anak..nak beli itu…nak beli ini…nak hantar ke IPTA, nak beli rumah idaman..tetapi tu semua kalau korang ada bersama mereka, cam mana kalau korang dah tak ada? Adakah janji-janji ini masih terjamin dan mereka boleh teruskan hidup tanpa tekanan kewangan?

Cam mana nak menjamin kedudkan kewangan ni? Jawapannya life insurance or takaful…dgn persediaan korang dgn life insurance/takaful ni, with or without you…apa yg korang dah rancangkan Insya Allah akan berjalan seperti biasa..Life insurance/takaful enables you to keep your promise, create emergency fund, free ur family from worry and fear, bukankah yg sentiasa korang mahukan?

Jadi, untuk memastikan semua perancangan korang berjalan seperti yg dirancang sama ada korang ada atau tidak, sediakanlah perlindungan life insurance/ takaful segera. Pastikan simpanan sentiasa berjalan, dana pendidikan terjamin, living standard kekal seperti biasa, medical security ada…pinjaman-pinjaman semua boleh dibayar apabila korang tiada lagi disisi..Insya Allah.

Ok, takat ni dulu sharing aku….beringatlah sebelum kena! 🙂

“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”

Sign

Lelaki Cepat Mati

Salam, haaa..terkejut baca title kat atas tu?? hmm..tapi itulah hakikatnya. Just nak share fakta dan apa yang dah aku baca dalam Metro (27 Disember 2009) .

Kesihatan lelaki Malaysia masih ketinggalan berbanding wanita dengan jangka hayat 5 hingga 7 tahun lebih pendek kerana mereka menghidap penyakit kronik lebih awal berbanding wanita.

Dalam semua peringkat umur, lebih ramai lelaki meninggal dunia akibat penyakit jantung, kanser, penyakit paru-paru,strok, komplikasi kencing manis, keganasan dan kemalangan jalan raya berbanding wanita.

2 perenggan yg aku quote diatas sudah cukup menunjukkan yang kaum lelaki cepat mati berbanding wanita. Apa yang ingin aku kongsikan ialah bukan penyebab kematian atau pun cara nak panjangkan umur (sebab aku bukan doktor kesihatan) tapi persediaan kaum lelaki (ketua keluarga, suami dan bapa) jika berlakunya kematian @ diserang penyakit kronik sebelum sempat menunaikan tanggungjawab dan amanah yg dipikul.

Pengalaman aku sebagai Agent Insurans @ Takaful, ramai ketua keluarga, suami @ bapa (Lelaki laa ni) sentiasa mengambil mudah persediaan kewangan. Ramai prospek yg telah aku temui, sentiasa memberikan alasan “nanti dulu”, sedangkan sakit kronik dan kematian itu datang tanpa di duga.

Apabila diserang penyakit kronik, kita akan menghadapi beban kewangan. Adakah kita hendak membebankan isteri untuk mencari sumber kewangan untuk merawat penyakit. Jika berlaku kematian pula, adakah kita mati dengan meninggalkan hutang tapi tanpa meninggalkan sumber kewangan yang mencukupi untuk isteri dan anak-anak meneruskan hidup????

Apa yang perlu kita sentiasa sematkan di hati ialah, apabila matinya seorang lelaki..3 perkara akan hilang.

1. Isteri akan kehilangan Suami
2. Anak-anak akan kehilangan bapa
3. Keluarga akan kehilangan sumber kewangan.

Perkara pertama dan kedua memang tak dapat dibantu. Namun perkara yang ketiga, persediaan boleh dilakukan semasa kita masih bernyawa. Di sinilah fungsi insurans dan takaful itu. Membantu isteri dan anak-anak untuk meneruskan kehidupan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)

Sign