Tag Archives: Life Insurance

Hanya 41 peratus miliki insurans hayat

KUALA LUMPUR: “Setakat ini hanya 41 peratus rakyat di negara ini memiliki insurans hayat. Ini menunjukkan tahap kesedaran mereka mengenai pentingnya insurans masih kurang,” kata Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (PIHM), Md Adnan Md Zin (gambar), yang melahirkan rasa kebimbangan terhadap kurangnya kesedaran rakyat Malaysia untuk membeli insurans hayat.

Katanya, daripada 28 juta rakyat negara ini, hanya 11 juta daripada mereka memiliki insurans hayat.

“Daripada 11 juta kita mendapati 30 peratus atau hanya 3.3 juta pembeli adalah orang Melayu. Ini juga bermaksud bahawa kesedaran orang Melayu untuk membeli insurans hayat berada di tahap yang membimbangkan,” katanya ketika hadir ke pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), di sini, bagi mengadakan hubungan kerjasama mengenai kepentingan insurans, semalam.

Difahamkan, PIHM akan menyumbangkan artikel mengenai kepentingan insurans kepada akhbar Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times (NST) seminggu sekali selama 15 minggu bagi memberikan kesedaran kepada pembaca mengenai keperluan insurans.

Sumber : Harian Metro 26 March 2011

Sign

 

TIPS : Macam mana korang nak pilih insurance@takaful yang memenuhi keperluan korang?

The right policy?

Right policy ialah policy yang memenuhi keperluan korang dgn memberikan perlindungan kewangan yg terbaik dan mampu dimiliki.

Bagaimana nak tahu apa keperluan korang?

Nak beli insurance ni kena ikut keperluan masing-masing. Bukan main ikut suka jer..Ingat, Insurance memerlukan komitmen bagi tempoh yang lama. Oleh itu, korang perlu buat  keputusan yang tepat dan memilih priority yang paling penting sebelum membuat komitmen tersebut. Kat bawah ni adalah antara sebab-sebab mengapa korang perlu Insurance..

  • Menyediakan pendapatan berterusan jika berlaku kematian atau hilang upaya.

Walaupun dalam family terdapat lebih daripada 1 pendapatan, Family akan menghadapi masalah kewangan jika berlaku kematian terhadap salah seorang yang  menyara Family tersebut. Jika dalam kes  yang meninggal tu seorang “breadwinner” dalam family, family akan alami beban kewangan yang lebih teruk. Jika berlaku hilang upaya pula, sudah tentu dia dah tak boleh kerja, selain dari hilang punca pendapatan, family juga perlu menanggung keadaan hilang upaya tersebut. Jadi, family perlu dilindungi daripada perkara-perkara yang tak dijangka ini.

Insurance @ Takaful melindungi kewangan waris yang ditinggalkan. Kalau beli insurance kerana sebab ini, Sila kaji komitmen kewangan keluarga supaya jumlah yang diinsurancekan mencukupi.

  • Menyediakan dana kewangan jika menghidap sakit kritikal

Jika di diagnosed menghidap sakit kritikal seperti kanser, kidney failure atau stroke, perbelanjaan perubatan sememangnya tinggi.  Insurance akan membantu dari segi bayaran tunai secara sekaligus kepada pemegang policy bagi menampung kos perubatan.

  • Simpanan atau pelaburan

Bila sebut insurance jer, sure korang kaitkan mati atau sakit. Sebenarnya ianya buka sekadar tu ajer. Insurance juga boleh dijadikan tempat simpanan atau alat pelaburan. Insurance boleh menyediakan simpanan dan pelaburan yang pulangannya stabil. Nak rancang sebagai dana Persaraan pun boleh….

  • Dana Pendidikan anak-anak

Life insurance adalah salah satu cara untuk korang nak sediakan dana pendidikan anak-anak. Ianya salah satu cara yang berkesan dalam menyediakan dana pendidikan bagi pelajaran anak korang, terutama apabila melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi.

Kemampuan Kewangan

Nak beli life insurance ni kena berdasarkan keperluan kewangan. Buat keputusan keperluan insurance mana yg paling penting bagi korang. Umumnya, tinggi bayaran premium, korang akan dapat lebih banyak benefit. Jadi amat penting untuk korang pilih plan yang sesuai , agar apa yg dibayar dan pulangan yg korang dapat tu seimbang. Korang patut beli insurance yang benar-benar memenuhi kehendak korang dan ikut kemampuan kewangan.

takat ni dulu sharing kali ni…..ada apa-apa nak share, sila laa hit reply yer… 🙂

“Buy life insurance when you don’t need it, because when you need it, you can’t buy”