Tag Archives: Payment Guide

Panduan Bayaran Premium @ Sumbangan

Assalamualaikum w.b.t,

Ape kabo semua?

Aku dah lama perhatikan stats page aku ni, kat ruangan ‘search engine terms‘ ramai yang search pasal cara-cara nak bayar premium @ sumbangan  bagi account insurans@takaful . Bagaimana nak bayar? di mana nak bayar? cara bayaran dan pelbagai lagi yang berkaitan.  Jadi hari ni aku nak share skit pasal panduan nak bayar premium ni……

Insurans ni boleh dibayar secara annually, half yearly, quarterly or monthly. So korang decide yang mana paling sesuai dgn keadaan kewangan korang, kalo malas nak pikir-pikir pasal nak bayar bulan-bulan, boleh bayar lump sum annually 🙂

Seterusnya, Bagaimana nak bayar?

Masa sign up plan ni, korang diberi pilihan sama ada nak bayar guna credit card, cash/cheque or auto debit.

Jadi pilih yg memudahkan korang untuk buat bayaran,

Credit Card – Isi credit card service enrolment, then premium korang akan deduct from credit card based on mode of payment korang (annually, half yearly, quarterly or monthly) Jadi, korang monitor la card credit korang jer, tak de laa masalah lupa bayar laa, apa laaa… 🙂 owh ye, Credit Card ni limited to Visa dan Mastercard yg dikeluarkan di Malaysia sahaja.

Auto Debit – Isi form Direct Debit Authorisation, untuk buat potongan terus dari account bank korang, kat bawah ni list-list bank yang boleh gunakan service auto debit :-

  1. Alliance Bank Berhad (PAMB Only)
  2. AmBank Berhad (PAMB Only)
  3. Bank Simpanan Nasional (PAMB & PBTB)
  4. CIMB Bank Berhad (PAMB & PBTB)
  5. HSBC Bank Malaysia Berhad (PAMB Only)
  6. Malayan Banking Berhad (PAMB & PBTB)
  7. Public Bank Berhad (PAMB Only)
  8. RHB Berhad (PAMB & PBTB)
  9. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (PAMB Only)
  10. Bank Islam Malaysia Berhad (PBTB Only)

* PAMB – Prudential Assurance Malaysia Berhad

*PBTB – Prudential BSN Takaful Berhad

Jadi, korang pilih laa  mana-mana bank yang berkenan di hati untuk buat auto debit ni yer….

Korang boleh juga gunakan Cheque,  tak pun kalau nak guna cash pun boleh…utk cash ada pelbagai pilihan juga, antaranya Internet Bill Payment, ATM Bill Payment, gi kaunter bank terpilih, atau buat bayaran kat Pejabat Cawangan Prudential….

Photo kat bawah ni panduan utk korang utk Bank-Bank pilihan dan cara-cara bayaran yang sesuai…..(klik gambar untuk image yang lebih besar)

Premium Channel
Harap-harap info sedikit sebanyak dapat membantu….

Sign

Advertisements