Tag Archives: PRUlady

PRUlady – Penerangan Ringkas.

PRUlady

Ilustrasi perlindungan/manfaat-manfaat yang ditawarkan

Dalam satu entry yang lepas aku ada cerita serba sedikit pasal plan PRUlady, iaitu satu pelan khas untuk memenuhi keperluan wanita. Jadi kali ni, aku nak share serba sedikit manfaat-manfaat pasal pelan PRUlady ni. Gambar kat atas ni menunjukkan perlindungan/manfaat yang ditawarkan oleh *Plan 2 (aku pilih plan 2 sebagai contoh).

Seperti yang dapat korang tengok dalam gambar kat atas, plan ini membayar manfaat sekali gus sekiranya  meninggal dunia atau hilang keupayaan penuh dan kekal  sebelum umur 60 atau disahkan menghidap penyakit berkaitan wanita ketika polisi masih berkuatkuasa. Selain itu, pelan ini juga membayar manfaat peringkat kehidupan untuk pelbagai jenis peristiwa kehidupan. Pada tarikh tamat tempoh polisi, PRUlady akan membayar balik semua premium yang dibayar, tolak semua tuntutan yang dibuat. Bermakna, jika tiada tuntutan dibuat PRUlady akan bayar balik semua wang yang telah korang bayar..bestkan? hehehe

Ilustrasi dalam gambar diatas dibuat berdasarkan  wanita yang berumur 25 tahun, tidak merokok dan kelas pekerjaan yang kurang berisiko (kelas 1). Premium bulanan hanya RM84.22/bulan. Jika korang  bayar tahunan, lagi untung, sebab dapar diskaun…iaitu hanya RM957.00 setahun diskaun sebanyak RM53.64.

Maklumat-maklumat lain

Tempoh kelayakan/menunggu- Kelayakan untuk manfaat penyakit berkaitan wanita hanya akan bermula

  • 30 hari untuk Lupus Eritematosus Sistemik (SLE) dengan Lupus Nefritis dan; atau
  • 60 hari untuk Kanser Wanita dan Graf Kulit Akibat Kanser Kulit dan surgeri re-konstruktif payudara disebabkan kanser payudara); atau
  • 120 hari untuk Karsinoma In-Situ Payudara atau Serviks Uteri
  • 1 tahun bagi semua Kerumitan Kehamilan dan semua Penyakit Kongenital);

Contoh diatas dibuat berdasarkan wanita yang berumur 25 tahun tidak merokok. Jika korang nak contoh berdasarkan maklumat korang sendiri, reply kat ruangan comment atau isi borang kat page Quotation Request. Aku akan buatkan sales ilustration untuk korang..Free of charge..hehehe

*PRUlady menawarkan 4 plan untuk dipilih.

  1. Plan1 – RM25,000.00
  2. Plan2 – RM50,000.00 (Contoh bagi entry ini)
  3. Plan3 – RM75,000.00
  4. Plan4 – RM100,000.00

kalo korang ada apa-apa nak tanya…apa lagi…leave a reply laaa… 😉

Nak brochure? download kat sini       Untuk wanita

*This information is for illustrative purposes only. You are advised to refer to the terms and conditions in the policy document for details of the important features of the plan.

Women are always beautiful”

PRUlady – Pelan yang Unik Untuk Keperluan Wanita yang Unik

Prulady

Sebagai wanita moden, dalam mengharungi berlainan fasa kehidupan, anda tentu mempunyai pelbagai impian dan cita-cita. Membina kerjaya, berkahwin, mempunyai keluarga, menghantar anak ke Universiti dan merancang persaraan.

Anda juga mempunyai pelbagai keperluan. Keperluan yang unik bagi wanita. Anda peka kepada penyakit-penyakit wanita yang dihidapi oleh ramai wanita di sekeliling anda. Sewaktu hamil dan bersalin, tentunya perhatian anda tertumpu kepada anak anda. Dalam perhubungan, dan dalam kerjaya, anda juga berhadapan dengan situasi yang berbeza sebagai seorang wanita.

Sehubungan itu, kami mendengar dan memahami keperluan anda. Itulah sebabnya kami tampil dengan suatu polisi yang direka khas untuk wanita, tidak seperti kebanyakan pelan insurans lain yang memberi perlindungan yang sama terhadap lelaki dan wanita. Dengan pelan ini anda berupaya menjaga diri anda dengan digniti, tanpa perlu membebankan orang lain.

Perlindungan Pelbagai Cara

• Premium dan manfaat terjamin
• Membayar manfaat untuk peringkat kehidupan seperti perkahwinan,
kelahiran anak dan banyak lagi
• Melindungi penyakit-penyakit wanita yang tidak dilindungi oleh pelan
penyakit kritikal
• Membayar manfaat penyakit kanser wanita, walaupun anda menerima bayaran
daripada pelan penyakit kritikal.
• Melindungi komplikasi kehamilan dan kelahiran bayi yang mempunyai penyakit
konginital, sesuatu yang tidak dilindungi oleh kebanyakan pelan perubatan
yang lain.
• Membayar balik kos pembedahan plastik kerana kerosakan muka disebabkan oleh
kemalangan, dan pemindahan kulit kerana kebakaran dan kanser
• Menyediakan bayaran tunai sekaligus sekiranya berlaku kehilangan upaya
menyeluruh dan kekal untuk meringankan beban kewangan anda
• Membayar manfaat sekaligus kepada tanggungan anda apabila kematian.
• Paling istimewa ialah pada tarikh tamat tempoh polisi, kami akan memulangkan
semua premium yang sudah dibayar ditolak tuntutan yang dibuat. Anda akan
mendapat semula wang anda jika anda tidak pernah membuat sebarang tuntutan.

Kelebihannya

Anda boleh memilih 4 pelan yang telah disediakan mengikut keperluan anda

Pelan 1 RM 25,000
Pelan 2 RM 50,000
Pelan 3 RM 75,000
Pelan 4 RM 100,000

Had Umur Penyertaan

Anda boleh menyertai pelan ini jika anda berumur di antara 16 hingga 50 tahun.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila hubungi  012-6466654 atau email fadlihalim@prupartner.com.my

*Ini adalah hanya untuk rujukan sahaja, Untuk keterangan lanjut mengenai terma dan syarat, sila rujuk kepada dokumen polisi.